Apakah itu SJMK-B?

Skim Jaminan Modal Kerja - Bumiputera (SJMK–B) ialah skim jaminan kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat PKS dan usahawan Bumiputera untuk mendapatkan akses kepada kemudahan pembiayaan dari Institusi-Institusi Kewangan terlibat bagi meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih tinggi. Syarikat-syarikat PKS boleh mendapatkan kemudahan kredit atau pembiayaan dari Institusi Kewangan dan jika layak untuk jaminan kerajaan, Institusi Kewangan tersebut akan membuat permohonan kepada pihak SJPP.

Siapakah yang layak memohon untuk SJMK-B?

  • PKS Bumiputera dalam semua sektor atau industri dan definisi PKS adalah seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia;
  • Sdn Bhd, perkongsian atau perniagaan tunggal yang didaftarkan di bawah Akta Perniagaan 1956, Akta Syarikat 1965 atau 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, Pihak Berkuasa atau Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak atau Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional; dan
  • Pegangan saham mestilah sekurang-kurangnya 51% saham dipegang oleh Bumiputera.

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk SJMK-B?

  • Permohonan boleh dibuat melalui Institusi Kewangan yang bekerjasama dengan SJPP
  • Untuk maklumat lanjut berkenaan skim ini dan senarai Institusi Kewangan terlibat, sila layari Laman Khas SJMK-B