Apakah itu Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang menjalankan perniagaan secara mikro.

Siapakah yang layak untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera);
  • Berumur 18-60 tahun;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan;
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang sah;
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan;
  • Syarikat 100% hak milik Bumiputera;
  • Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM100,000; dan
  • Had Modal Berbayar syarikat tidak melebihi RM300,000

Bagaimanakah cara untuk memohon Skim Pembiayaan TEKUN Niaga?

  • Dokumen yang diperlukan adalah:
    1. Borang Permohonan Perniagaan TEKUN (JPP/BORANG/02);
    2. Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17);
    3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
    4. Salinan Penyata Akaun Bank Individu untuk 3 bulan terkini; dan
    5. Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik / air / telefon)
  • Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, boleh hubungi TEKUN Nasional di talian 03 – 9059 8888 (8.30 pagi - 5.30 petang / hari bekerja sahaja) atau layari Laman Khas TEKUN Nasional