Apakah itu Kempen E-dagang Perusahaan Mikro Dan PKS?​

  • Kempen ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan kini diperluas di bawah inisiatif Belanjawan 2021 bertujuan memupuk lebih ramai peniaga mikro dan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mengadaptasi platform e-dagang dan e-bayar sebagai salah satu kaedah baharu dalam menjalankan perniagaan serta memperluaskan pasaran perniagaan mereka.
  • Peniaga mikro dan PKS akan mendapat manfaat yang besar walaupun perniagaan belum didaftarkan. Mereka akan mendapat latihan e-dagang dan e-bayar, bantuan subsidi serta khidmat bantuan jualan. Rakan e-dagang dan e-bayar lain yang mengendalikan pemasaran digital dan penghantaran juga akan turut mendapat manfaat daripada kempen ini.
  • Matlamat Kempen ini adalah:
    1. Jangka pendek: Untuk mempercepatkan proses adaptasi oleh peniaga mikro dan PKS dalam menggunakan platform atas talian sebagai salah satu kaedah baharu perniagaan dalam mengatasi kesan COVID-19.
    2. Jangka panjang: Untuk membantu peniaga mikro dan PKS mengembangkan perniagaan serta meluaskan pasaran di peringkat domestik dan global.
  • MDEC telah bekerjasama dengan beberapa rakan e-dagang dan e-bayar untuk melancarkan dan melaksanakan kempen ini.
  • Peranan rakan e-dagang adalah dalam memberikan sumbangan selaras dengan peruntukan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021. Mereka juga akan menyokong peniaga mikro dan PKS dengan memberi latihan ‘on-boarding’ e-dagang & e-bayar, subsidi penjualan dan khidmat sokongan jualan.

Siapa yang layak untuk menerima inisiatif ini?

  • Perniagaan Malaysia yang berdaftar
  • Perniagaan Mikro dan PKS

Bagaimanakah saya boleh memohon inisiatif ini?​

Perniagaan tempatan Malaysia yang berminat untuk mengambil bahagian boleh berdaftar terus dengan rakan e-dagang melalui pautan ke Laman Khas MDEC