Apakah itu MySTEP?

  • MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.
  • Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
    1. Penempatan di Sektor Awam
    2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
  • Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
  • Sektor Awam GLCs dan Rakan Strategiknya
    1 – 12 Bulan 6 – 12 Bulan
  • Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​
  • Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:
  • Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Sektor Awam​ Kadar (RM) GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
    Setaraf Ijazah Sarjana Muda 2,000 2,000
    Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 1,800 1,800
    Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1,600 1,600
    Tiada Sijil Pelajaran Malaysia 1,400 -

    *Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.​

  • Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.​
    1. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  • Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​
  • ​Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:
  • Jenis Kemudahan Sektor Awam GLC / Rakan Strategik
    Cuti Rehat 12 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
    Cuti Sakit 14 hari setahun Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
    Perlindungan Sosial Caruman KWSP dan PERKESO Caruman KWSP dan PERKESO jike berkenaan

Siapakah yang layak untuk MySTEP?

Sektor Awam GLCs dan Rakan Strategiknya
Warganegara Malaysia Warganegara Malaysia
18 tahun keatas 18 tahun keatas
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
Menganggur Menganggur



Bagaimanakah saya boleh memohon MySTEP?